Khamis, 30 April 2015

IKAN TONGKOL BEREMPAH



BAHAN-BAHAN :

1 ekor ikan tongkol
Asam jawa
Serbuk kari
Kicap
Sos tiram
Serbuk lada putih
Bawang besar/merah
Sedikit garam
Cili api
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya :-


  • Bersihkan seekor ikan tongkol.
  • Hiriskan isi tongkol tersebut kepada 2; hirisan rapat ke tulang ikan.
  • Potong ikan tongkol tersebut sepanjang lebih kurang 1 inci.
  • Bersihkan ikan, dan perapkan sebentar bersama asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. 
  • Perapkan potongan ikan tersebut dengan sedikit serbuk kari ikan, kicap, sos tiram, dan serbuk lada putih.
  • Setelah beberapa lama, goreng potongan ikan tersebut.
  • Asingkan ikan yang telah digoreng.
  • Gorengkan pula bawang besar/ bawang merah.
  • Masukkan ikan, taburkan sedikit sahaja garam (kerana ikan sudah masin), dan taburkan cili api yang telah dipotong. Tutup api.

PAD THAI



BAHAN-BAHAN ( 4 orang )

1 bungkus mee Pad Thai (300 gram)
1/2 biji bawang besar-mayang
10 ekor udang sederhana besar
2 sudu besar udang kering- ditumbuk
2 sudu teh garam
2 sudu teh kicap sotong
1 sudu teh gula
1 sudu teh asam jawa-bancuh dengan sedikit air
4 biji cili
1 biji telur


**Bahan hiasan**


1 cawan taugeh
2 biji limau nipis
Sedikit daun bawang
1 keping tauhu-potong kiub
1/2 cawan kacang tanah-dipanggang dan cincang kasar

Cara-caranya :-


  • Rendamkan mee pad thai didalam air panas kira-kira 20 minit atau sampai lembut.
  • Panaskan minyak secukupnya untuk menumis. 
  • Goreng tauhu hingga kekuningan dan angkat.
  • Kemudian dalam kuali tadi tumis bawang putih dan bawang merah hingga garing.
  • Masukkan cili merah dan udang kering,kacau hingga garing.
  • Masukkan udang dan air asam jawa. Kemudian masukkan gula,garam dan kicap sotong.
  • Masukkan mee Pad Thai. Tambahkan air sebanyak lebih kurang 3-4 sudu besar supaya mee cepat masak.
  • Ketepikan mee dibahagian tepi kuali. Besarkan api, letakkan 1 sudu minyak dan pecahkan telur.Kacau hingga masak.Kemudian gaul bersama mee.
  • Hidangkan panas-panas bersama bahan hiasan.

KUEY TEOW LADNA SPECIAL


BAHAN-BAHAN :

1 Paket Kuey Teow
Sotong
Udang
Cendawan Butang
4 helai daun limau purut
2 sudu besar tepung jagung bancuh bersama sedikit air sehingga sebati
4 ulas bawang putih. cincang halus.
1 batang carrot
sedikit baby corn
5 biji cili padi (pecah2kan.. kalau nak pedas lagi, tambahkan)
sedikit bunga kobis
sedikit sawi
1 sudu besar taucu
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan (kalau tak letak pun takpe)
sedikit kicap
ayam dan daging. (rebus untuk dptkan airnya)

**AIR REBUSAN AYAM & DAGING**

Bahan hiasan:


Cili hidup merah dan hijau,
Limau kasturi
Daun sup
Daun Bawang

Cara-caranya :-


  • Gaulkan kicap dengan kuey teow hingga sebati. Perapkan selama 10 minit.
  • Panaskan kuali/frying pan dan goreng tanpa minyak. Gunakan kuali/frying pan yang non- stick (tidak melekat)..sebab Adda tak suka berminyak2 nanti kuah nya.
  • Angkat dan biarkan seketika.
  • Tumis bawang putih dan cili padi hingga naik bau. masukkan daun limau purut.
  • Masukkan ayam dan daging yang ditoskan tadi.
  • Masukkan sos tiram, taucu dan sos ikan.
  • Masukkan air rebusan ayam dan daging tadi
  • Bila dah mendidih, masukkan bunga kobis + baby corn + tepung jagung.
  • Perahkan sedikit limau kasturi
  • Akhir sekali masukkan udang, sotong dan sawi. masukkan garam kalau tak cukup masin lagi.
  • Kacau sebati dan biarkan hingga mendidih. angkat. Jangan terlalu lama. nanti sotong dan udang kecut. curahkan kuah ke atas kuey teow tadi....
  • Hidangkan.

IKAN GORENG MASAK CABAI



BAHAN-BAHAN :

1 1/2 kilo ikan keli (digoreng garing)
2/3 labu bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
segengam cili padi
sedikit cuka atau boleh digantikan dengan air limau nipis
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Cara - caranya :-


  • Ketuk bawang putih
  • Hiris halus bawang merah
  • Kisar kesemua cili dan tapis, buang airnya
  • Panaskan minyak dan masukkan bawang putih
  • Kemudian masukkan bawang merah dan biarkan ia layu
  • Masukkan cabai dan kacau sehingga ianya garing
  • Masukkan gula, cuka dan garam.
Siap... :)

MAKARONI GORENG KEJU


BAHAN-BAHAN :

250gm makaroni
3 camca besar minyak masak
1 labu bawang besar, dihiris
2 ulas bawang putih, dicincang
150 gm daging ayam dipotong dadu
1 1/2 camca teh kicap pekat
1 camca teh serbuk pati ayam
3 sudu makan tomato paste
1 sudu makan cili giling

3 sudu makan mix veg
1 biji capsicum dipotong panjang
1 biji tomato dipotong panjang
50 gm mozzarella cheese
Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya :-


  •  Masak makaroni mengikut arahan pada pek.
  •  Panaskan minyak, goreng bawang besar dan putih sehingga kekuningan.
  •  Masukkan tomato paste, cili, kicap, serbuk pati ayam, dan sedikit air tumis hingga terbit bau.
  •  Tambahkan daging ayam, mix veg dan biarkan selama 2 minit.
  •  Masukkan mozzarella cheese, makaroni, capsicum dan tomato.
  •  Masukkan garam dan gula secukup rasa


Siap.. ! :)

KERABU UDANG


BAHAN-BAHAN:

1 Batang Serai
1/2 Bunga kantan
1 Biji Tomato
1 Batang Timun
5-8 Ekor Udang rebus
1 Sudu Sos nampla
1 Biji Limau nipis
Sedikit Garam
Sedikit Gula
Letak sayur apa yang sesuai ( ikut selera )

Cara-caranya :-

Masukkan semua bahan-bahan tadi, gaulkan n siap!

IKAN MASAK KUKUS


BAHAN - BAHAN ( 2 orang)

1 ekor ikan saiz besar

** Bahan tumbuk**

1 ulas bawang putih
1cm halia


** Bahan hiris **


5 batang serai
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 cm halia
2 tangkai daun bawang
1/2 bunga kantang


** Bahan-bahan lain **


1 labu bawang jeruk- potong 4
2-3 tangkai daun sadri
5 biji limau kasturi-ambik airnya
1 sudu kecil tepung jagung
garam
gula
bahan perisa - (optional)
1 sudu besar minyak masak
2-3 biji cili padi
2 helai daun limau purut

Cara-caranya:-


  • Bersih ikan dan kelar. Lumurkan dengan bahan tumbuk.
  • Masukkan ikan ke dalam bekas yang sesuai untuk dikukus
  • Masukkan semua bahan-bahan lain dan yang telah dihiris
  • Kalau nak pedas, cili padi tadi bolehlah dipotong
  • Kukus sehingga masak

Ahad, 26 April 2015

NASI DAGANG TERENGGANU


BAHAN-BAHAN (NASI) : -

4 cawan beras Jati
1 cawan beras pulut
3 cawan santan cair + sedikit gula dan garam
1 – 1 1/2 cawan santan pekat + sedikit garam
1 sudu halba
2 ulas bawang merah
1/2 inci halia

Cara caranya :-

  •  Beras dicampur dengan beras pulut di rendam 8 jam atau semalaman (kalau tak sempat 2-4 jam pun da ok...)
  • Kukus beras dan pulut tadi selama 20 minit
  • Angkat dan kaut semua nasi ke dalam bekas yang agak besar dan digaulkan dengan separuh santan cair sehingga rata. biar seketika hingga semua santan meresap. Masukkan lagi santan sehingga meresap. Elok habiskan semua santan cair. Biar sekejap
  • Kukus semula selama 20 minit lagi.
  • Sementara itu hiris bawang dan halia halus2. Masukkan di atas nasi dlm kukusan dan juga buah halba.
  • Angkat nasi utk kali kedua dan arunkan dengan santan pekat hingga rata. Tak perlu habiskan jika nasi nampak sudah elok lembutnya.
  • Boleh dihidangkan

RESIPI GULAI IKAN AYA :

Rebus Ikan Aya Hitam bersama beberapa asam keping dan juga garam..
Jangan buang air rebusan
* boleh tambah telur rebus juga.. Ada yang suka makan Nasi Dagang dengan gulai telur rebus
* lebih sedap guna Ikan Aya Hitam dari Ikan Aya Kurik

BAHAN-BAHAN GULAI:

1 sudu serbuk ketumbar
1/2 sudu serbuk jintan manis
1/2 sudu serbuk jintan putih
2 hiris lengkuas (dikisar)
1 hiris halia (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
3 sudu cili mesin
1 paket rempah gulai cap bunga Ros 15 gram (nak sedap tambah lebih)
1 1/2 liter santan
1 batang kulit kayu manis
1 sudu kerisik
4 keping asam keping
1/2 buku kecil gula melaka.
Sedikit Belacan
10 biji cili padi
sedikit garam

Cara-caranya :-

  • Masak Santan sehingga naik minyak.
  • Masukkan semua bahan-bahan yang dikisar, serbuk, rempah gulai cap bunga ros, cili mesin, kulit kayu manis, kerisik, asam keping, dan gula melaka
  • Masak lama, biarkan mendidih. Masukkan sedikit garam sesuai dengan rasa.
  • Masukkan air rebusan ikan tadi dan juga ikan yang di rebus. jangan masukkan asam keping rebusan ikan nanti masam.
  • Biar beberapa minit. Masukkan cili padi dan juga belacan.
  • Masak sebentar dan boleh dihidang. Pilihan sendiri mahu pekat atau pun tidak.. Kalau mahu pekat masak lama.. Siap!

RESIPI ACAR TIMUN :

Timun
Carrot
Cili Merah dan Bawang
- SEMUA dihiris memanjang
1 sudu gula
1 sudu garam
1 sudu cuka.

Cara-caranya :-
  • Gaul sebati dan dihidang.

Selasa, 21 April 2015

KEK KUKUS LAPIS BISKUT MERRY




BAHAN-BAHAN :

3 biji telur grade A
110 gm gula kastor
110 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu besar ovalette
75 ml susu cair
1/2 sudu kecil garam
50 ml minyak jagung/masak
1 sudu kecil esen vanilla
Pewarna merah, kuning dan oren - ikut suka
Biskut merry secukupnya - perasa kopi

Cara-Caranya :-


  • Didihkan air dalam periuk kukusan. Ayak tepung gandum dan baking powder kedalam manggkuk adunan.
  • Kemudian campur kesemua bahan-bahan lain ke dalam mangkuk adunan kecuali minyak, biskut merry dan pewarna.
  • Pukul adunan dengan kelajuan tinggi selama 5 minit hingga sebati dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dengan spatula hingga sebati.
  • Alas loyang dengan kertas minyak dan glis dengan sedikit butter. 
  • Bahagiakan adunan kepada 3 bahagian sama banyak dan diletak pewarna yang digemari dan dikacau rata.
  • Ratakan adunan pertama dan susun biskut merry diatasnya dan kukus selama 5 minit dengan api sederhana kecil dalam kukusan yang telah dipanaskan dulu.
  • Buat lagi dengan adunan kedua dan susun biskut diatasnya kukus lagi 5 minit. Dan buat lagi dengan adunan terakhir dan kukus lagi selama 10 minit.
  • Setelah kek masak, biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian baru diterbalikkan di atas rak dawai supaya sejuk.

Sabtu, 18 April 2015

RESIPI AYAM GRILL MUSHROOM SOS



BAHAN-BAHAN (AYAM GRILL)

1 ekor ayam (potong 4) 
1 kiub ayam
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
1cm halia(tumbuk kasar)
sedikit serbuk lada hitam kasar , oregano
Sedikit olive oil/minyak masak


Cara-caranya :-

  • Bersih ayam dan lap dengan kitchen towel.
  • Bahagian dada/isi cucuk2 sedikit dengan garfu/apa2 yg tajam supaya bahan perapan meresap ke dalam ayam.Kalau nak kelar pun boleh juga.
  • Lumurkan kepingan ayam dengan kiub ayam lada hitam dan lada sulah. Adda guna 1 kiub ayam sebab ayam saiz besar.Kalau ayam kecil atau yg debond guna setengah jer (agak2)
  • Gaulkan pula dengan sos tiram dan kicap manis.
  • Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk.
  • Letakkan sedikit olive oil supaya ayam tak kering.
  • Perap daging paling kurang selama 1 jam.Tapi Adda suka perap semalaman supaya segala bahan perapan meresap ke dalam ayam...memang best..
  • Bakar daging sehingga masak. Adda guna pan jerr..gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus


BAHAN-BAHAN MUSHROOM SOS

Cendawan butang
1 tin kecil Prego Carbonara Cendawan
Sedikit kiub ayam
1 ulas bawang putih (cincang halus)
1/2 tin air (guna tin prego tu)
Sedikit minyak

Cara-caranya:-

  • Cendawan butang dibersihkan dan hiris nipis
  • Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi dan sedikit kuning.
  • Masukkan hirisan cendawan tumis hingga layu.
  • Masukkan sos carbonara.Tambah air.
  • Masukkan kiub ayam.Masuk sedikit jer.Kacau hingga pekat.
  • Sesuaikan rasa.Tutup api

SIAP... :)